Friday, 3 June 2016

HI-TEA GIATMARA

Tarikh 3 Jun 2016(Jumaat)merupakan program kami yang terakhir bagi sesi JAN-JUN 2016. Selesai sudah semua penat lelah Badan Perwakilan Pelatih dalam menganjurkan program untuk para pelatih sesi JAN-JUN 2016 kali ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurus GIATMARA Ipoh Barat, semua Tenaga Pengajar dan staff GIATMARA Ipoh Barat kerana memberi peluang dan membantu kami dalam menganjurkan program selama sesi ini. 

Tidak lupa juga kepada para pelatih kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada kami (Badan Perwakilan Pelatih) untuk menjayakan program kami.

Seterusnya, saya ingin memberi penghargaan kepada Biro Perwakilan Pelatih sesi JAN-JUN 2016 kerana atas usaha sama dapat menjayakan program yang dianjurkan dengan jayanya. Kata sepakat dan idea yang diberikan dapat memberi sedikit sebanyak bagaimana cara untuk kita menghormati setiap pendapat dan pandangan yang diajukan.

Semoga selepas ini, kita saling berhubung walaupun dah tamat latihan.

Mohon maaf atas segala salah silap dan keterlanjuran kata saya pada semua.

OOTD sangat. hahaha.


 

Sunday, 29 May 2016

HOMEHELP


Tarikh 26/5/2016 bersamaan pada Hari Jumaat, kami pelatih GIATMARA Ipoh Barat telah mengikuti satu aktiviti kemasyarakatan anjuran program IM4U... Kami telah berkerjasama dengan mahasisiwa dan mahasiswi yang didatangkan khas dari UUM Sintok... Jauh tuuuu maii ... Terima Kasihhh u alls..

Kehadiran kami adalah seramai 35 orang pelatih dan 4 orang tenaga pengajar sebagai guru pengiring kami...
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hakim, Cikgu Azman, Cikgu Faiezwan dan Cikgu Ilyia.. kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai program sebigini...


Pagi itu kami bertolak dari GIATMARA pukul 8 pagi menaiki 4 buah van ke tempat destinasi program iaitu HOSPITAL BAHAGIA, TANJUNG RAMBUTAN.

Kedatangan kami disambut dengan baik oleh Pihak Hospital dan Jabatan Kebajikan Malaysia... Setibanya kami di tempat program... Kami disediakan makanan pagi dan sedikit taklimat daripada pihak pengurusan...

Selepas taklimat kami dikehendaki untuk membuat aktiviti ICE BREAKING yang dikendalikan oleh ABANG SADO... lupa namaa diaaa... heee... Aktiviti ini kami dapat belajar untuk berkerjasama dengan orang baru... dan dapat menyesuaikan diri dengan orang sekeliling...Selain itu, kami dapat melatih diri kami untuk lebih berkeyakinan berhadapan dengan khalayak ramai...

Selepas tamat sesi ICE BREAKING... kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan akan diberikan tugasan... setiap tugasan objektifnya adalah sama iaitu memberi kebajikan kepada yang memerlukan dari segi membantu membersihkan kawasan rumah di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Malaysia...
Dan saya dapat kumpulan pertama... ahli kumpulan kami terdiri daripada 11 dari pelatih GIATMARA dan 8 orang dari mahasiswa UUM... nama pun kumpulan pertama... tugasan dia haruslahhh yang paling hebat sekali... kami diberikan tugasan untuk membersihkan sebuah rumah yang didiami warga OKU di Kampung Che Zainal... kat area Chemor sana... Tak jauh pun dari HOSPITAL BAHAGIA tuu... dalam 20 minit....

Pengalaman yang paling berharga pernah kami dapat sepanjang kami berada di GIATMARA... tak payah cerita lah kot ape yang kami bersihkannn... hahaha... Keputusan diaa, kami semua telah berjaya MEMBERSIHKAN rumah Mak Cik tuuu dengan jayanya dan lancar... kadang kadang terharu tengok keadaaan orang yang kurang dari kita... Mungkin ada hikmah disebalik semua ini...
Hari kejadian tu, baru lah saya sedar dan nampak ada lagi orang yang lebih susah dari kitaaa. Hanya perkataan SYUKUR je yang saya dapat ungkapkan... TERIMA KASIH ALLAH...

Sesungguhnya kehidupan kita ade senang ada susah.. ikut rezeki masing masing.. harapnya MAK CIK sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNYA..

Harap program ini dapat dijadikan ikhtibar kepada semua Peserta yang terlibat... Ucapan Terima Kasih diucapkan kepada yang terlibat secara lansung dan tidak lansung..


Bergambar dengan salah seorang anak tuan rumah

Wednesday, 25 May 2016

KAWAN KAWAN SAYA


Hari ini saya nak ceritakan sikit tentang orang pertama yang saya jumpa masa pendaftaran GIATMARA dulu. Nama dia FATIN. Mula-mula jumpa dia, nampak macam 'kerek' je.. Time tu duduk sebelah dia... sampai time orentasi pun duk sebelah dia jugak... hahaha. tapi bila dah lama kenal diaaaa. Dia sangat BAIK dan COMEL... mesti dia suka cakap dia comel...  :)
Tak sangka jadi kawan rapat kat GIAT...

Terima kasih FATIN sebab sudi kawan dengan aku walaupun aku ni banyak buat kau sakit hati... buat kau terasa hati... annoying dengan perangai aku... TERIMA KASIH jugak sebab banyak tolong aku kat GIAT... yang lain jangan terasaaa hati naa...sat cek buat list name tuk hangpa... hahaha.... jasamu dikenang gaisss...
...

TERIMA KASIHHHHHH....

1. Aisyah (banyak tolong aku time aku blur pasal MODUL termasuk PAM            AMALI )...heeee... 

2. Azy (terima kasih tumpangkan kereta kau tuk aku pegi                     program GIAT dan rehat hari jumaat )

3. Faizah ( penolong kelas yang cantikkk...TQ belikan aku makanan               waktu pagi, and salu kacau akuuu paijohh )                                                  
4. Aliaa ( kawan sebelah meja, group tugasan, salu marah aku sebab              tak makan nasi ) haha.                                                    
5. Najla ( mulut mcm longkang pun aku tetap sayang hang naa ) marah            kejap kejap je... heee                                                   
6. Nadia ( walaupun hang bising nadia, hang buat hari hari aku                  happy kat GIAT )                                                 
7. Tasha ( nampak je senyappp, tapi duk ngata orang no 1) haha. sori           tasha... terima kasih sudi jadi ahli kumpulan aku )                                                      
8. Una, Yana, Alia, wawa ( tq korang sebab sudi gelak time aku buat                            lawak,walaupun tak lawak mana )...hahah..                                                      
9. Jie, fatin nadia, jenna ( tq deh banyak ajar aku masa kat                                      bengkel and jadi kawan akuuuu ) :)

10. Tipah (tq tipah, salu nasihat aku, aku tau aku nakal sikittt kat            bengkel, sikit jee... haha... rindu lak lawak hang)

11. Ashraf, Haziq ( mekasih sudi tolong repair PC aku kat                               bengkel tu, walaupun dah banyak kali, hangpa                         tetap tolongggg) sori banyak sshkan hangpa...)

12. Anwar ( sampai kat nama hang anwar, aku rase macam banyak giler             nak taip... hahaha.. tak payah lah kott... nanti hang               marah pulak aku tulis kat sini... :)

13. Lokman (0-0 naa lokman, sori kalau aku ada buli hang...jangan               marah aku naa.. )

14. Adham ( tq adham jadi kawan aku walaupun kita tak banyak cakap               sangat , NADIA cakap hang COMEL... GOOD LUCK kat JOHOR               nanti... heeee)

15. Nazmi ( hyee CIKGU NAZMI.. hahaa.. maaf kalau aku ada buat hang             marah ke apaaa time kat GIAT naa..)

16. Mirul ( kecik kecik cili padi MIRUL ni.. hahaha..)

17. Afiq ( budak HOT GIAT... hahaa.. dah lah PANDAI, KACAK pulak tu)            haishhhh... (bukan aku cakap tau)

18. Alif (ketua kelas yang paling sopan... haha. tq alif jadi ketua           kelas bengkel kami )


Seronok dapat kenal dengan korang... Rasa sedih pulak nak tinggalkan korang... Terima kasih jadi kawan aku... :(:( Maafkan aku atas salah silap aku kat korang naa ... ade rezeki nanti kita jumpa lagi... Sayang korang dunia akhirat...
Jumpa kawan baru... jangan lupa cek naa...



KAWAN SAYA
                             
                         

Saturday, 21 May 2016

BENGKEL ASROCK

GIATMARA Ipoh Barat hanya menyediakan satu kursus sahaja buat masa ini iaitu Teknologi Sistem Komputer (TSK 15), mungkin akan ditambah satu lagi kursus pada sesi hadapan. 

Pengalaman saya bila dapat belajar disini, saya sangat gembira sebab dapat belajar sesuatu yang baru mengenai komputer dan macam mana nak kendali komputer tu sendiri. Sebagai contoh, saya diberi pendedahan dalam cara-cara belajar format komputer, buka pasang perkakasan komputer, belajar shortcut term dalam Microsoft Office, dapat belajar buat 'Photoshop' dan banyak lagi.


Pertama kali, jutaan terima kasih pada pihak GIATMARA Ipoh Barat sendiri kerana memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu disini.


Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada semua Tenaga Pengajar yang banyak memberi tunjuk ajar dan sabar dalam mengajar kami pelatih GIATMARA Ipoh Barat sesi Jan-Jun 2016. 


Tidak lupa juga kepada kawan sekelas saya, iaitu BENGKEL ASROCK yang banyak tolong dan bantu saya dalam menjayakan sesi latihan dalam kursus (TSK 15) ini. 


Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua jika saya ada membuat salah secara lansung atau tidak lansung. Semoga selepas ini, pengenalan kita akan kekal sampai bila-bila. Terima kasih untuk kenangan ini. 


LOVE U ALL !!




GAMBAR KENANGAN BERSAMA CIKGU AZMAN 
DAN RAKAN KELAS

Tuesday, 17 May 2016

CARA PERMOHONAN KE GIATMARA

Anda seorang pelajar yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Borang Permohonan Latihan GIATMARA boleh didapati dari pelbagai kaedah. Permohonan adalah dipelawa untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program latihan sepenuh masa dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA  Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2016.

Penubuhan  GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan dia dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 (online)

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)
  • Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh dibuat secara online di Borang Online GIATMARA.
2. Program Separuh Masa (Secara Manual)
  • Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi Borang Manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
3. Senarai Kursus GIATMARA
  • Senarai Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti yang dapat dilihat di web GIATMARA. 
4. Senarai Lokasi di GIATMARA
  • dapat dilihat di Lokasi GIATMARA.

Jika terdapat sebarang masalah , sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m.



Borang Permohonan GIATMARA 

Sunday, 15 May 2016

HUBUNGI KAMI



Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kursus di GiatMara Ipoh Barat, boleh hubungi :-

  • Pejabat GiatMara Ipoh Barat - 05 249 7717


Atau boleh terus bertanya di kaunter pertanyaan GiatMara Ipoh Barat :-

  • LOKASI GIATMARA IPOH BARAT
  • No 155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300, Ipoh, Perak.  

AKTIVITI DI GIATMARA IPOH BARAT



Badan Perwakilan Pelatih Latihan Sesi Jan-Jun 2016 telah mengadakan aktiviti indoor dan outdoor, bagi bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan baik antara pelatih. Dari sini kami warga GIATMARA Ipoh Barat dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat. Pendedahan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa untuk menjadikan ia satu aktiviti untuk kami warga GIATMARA Ipoh Barat dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Kebanyakan aktiviti yang dirancang merupakan idea pelatih dan disokong oleh tenaga pengajar GiatMara Ipoh Barat. Antara aktiviti yang dirancang dan berjaya dilaksanakan ialah :-


Jamuan 'Potluck' di Taman DR. Seenivasagam

Bowling Giat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade

Gotong royong di Masjid Kg. Paloh

Running Giat di Taman DR. Seenivasagam


Segala aktiviti yang dicadangkan telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya hasilan daripada Badan Perwakilan Pelatih dan kerjasama daripada pelatih GiatMara Ipoh Barat sendiri. Tahniah semua.






P&P (Pengajaran Dan Pembelajaran) GIATMARA IPOH BARAT



Pada sesi Jan-Jun 2016, terdapat 10 bab atau modul yang berjalan sepanjang masa latihan. Setiap modul mempunyai dua jenis peperiksaan iaitu teori dan amali. Peperiksaan teori merupakan ujian bertulis manakala amali adalah latihan secara praktikal. Peperiksaan ini dipanggil P.A.M. atau Peperiksaan Akhir Modul. Antara topik-topik modul ialah :-

  • Modul 1   :  Mengurus keselamatan di tempat kerja
  • Modul 2   :  Menghasilkan dokumen pejabat
  • Modul 3   :  Prinsip elektrik dan elektronik
  • Modul 4   :  Memasang perkakasan komputer
  • Modul 5   :  Memasang perisian sistem operasi dan                    aplikasi
  • Modul 6   :  Memasang rangkaian komputer
  • Modul 7   :  Memasang sistem keselamatan komputer
  • Modul 8   :  Membaikpulih kerosakan sistem komputer
  • Modul 9   :  Menaiktaraf kerosakan sistem komputer
  • Modul 10  :  Aplikasi multimedia


Latihan pada waktu pagi bermula pada jam 8 pagidimulakan dengan perbarisan dan nyanyian lagu dan akan berhenti rehat pada pukul 10 pagi. Kemudian latihan disambung semula pada pukul 10:30 pagi. Pelatih akan berehat pada pukul 1 petang untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor. Latihan pada waktu petang berjalan sehingga pukul 5:15 petang.


Sesi Pembelajaran

SEJARAH GIATMARA IPOH BARAT



Pusat GIATMARA Ipoh Barat telah beroperasi pada bulan Mei 2004. Pada bulan dan tahun tersebut GIATMARA Ipoh Timur yang beralamat di No 5, Jalan Zarib 8, Kawasan Perindustrian Zarib, 31500. Dengan jumlah kakitangan seramai 6 orang. Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi Julai-Disember 2004. Seramai 14 orang pelatih telah berpeluang mengikuti dalam bidang CEIT (Consume Electronics & Information Technology). Seterusnya jumlah kemasukan pelatih meningkat kepada 19 orang pada sesi Januari-Jun 2005.

Untuk pengambilan sesi Julai-Disember 2005, seramai 27 orang pelatih telah dipilih.Pada sesi Jan-Jun 2006, seramai 34 orang pelatih telah dipilih. Pada bulan Jun 2006, GIATMARA Ipoh Timur telah ditukarkan lokasi bertempat di No 155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300, Ipoh, Perak dan pada tahun 2008 telah ditukarkan nama dari GIATMARA Ipoh Timur ke GIATMARA Ipoh Barat serta menawarkan bidang TSK iaitu Teknologi Sistem Komputer.



GIATMARA Ipoh Barat