Saturday, 21 May 2016

BENGKEL ASROCK

GIATMARA Ipoh Barat hanya menyediakan satu kursus sahaja buat masa ini iaitu Teknologi Sistem Komputer (TSK 15), mungkin akan ditambah satu lagi kursus pada sesi hadapan. 

Pengalaman saya bila dapat belajar disini, saya sangat gembira sebab dapat belajar sesuatu yang baru mengenai komputer dan macam mana nak kendali komputer tu sendiri. Sebagai contoh, saya diberi pendedahan dalam cara-cara belajar format komputer, buka pasang perkakasan komputer, belajar shortcut term dalam Microsoft Office, dapat belajar buat 'Photoshop' dan banyak lagi.


Pertama kali, jutaan terima kasih pada pihak GIATMARA Ipoh Barat sendiri kerana memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu disini.


Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada semua Tenaga Pengajar yang banyak memberi tunjuk ajar dan sabar dalam mengajar kami pelatih GIATMARA Ipoh Barat sesi Jan-Jun 2016. 


Tidak lupa juga kepada kawan sekelas saya, iaitu BENGKEL ASROCK yang banyak tolong dan bantu saya dalam menjayakan sesi latihan dalam kursus (TSK 15) ini. 


Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua jika saya ada membuat salah secara lansung atau tidak lansung. Semoga selepas ini, pengenalan kita akan kekal sampai bila-bila. Terima kasih untuk kenangan ini. 


LOVE U ALL !!




GAMBAR KENANGAN BERSAMA CIKGU AZMAN 
DAN RAKAN KELAS

No comments:

Post a Comment