Sunday, 15 May 2016

AKTIVITI DI GIATMARA IPOH BARAT



Badan Perwakilan Pelatih Latihan Sesi Jan-Jun 2016 telah mengadakan aktiviti indoor dan outdoor, bagi bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan baik antara pelatih. Dari sini kami warga GIATMARA Ipoh Barat dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat. Pendedahan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa untuk menjadikan ia satu aktiviti untuk kami warga GIATMARA Ipoh Barat dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Kebanyakan aktiviti yang dirancang merupakan idea pelatih dan disokong oleh tenaga pengajar GiatMara Ipoh Barat. Antara aktiviti yang dirancang dan berjaya dilaksanakan ialah :-


Jamuan 'Potluck' di Taman DR. Seenivasagam

Bowling Giat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade

Gotong royong di Masjid Kg. Paloh

Running Giat di Taman DR. Seenivasagam


Segala aktiviti yang dicadangkan telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya hasilan daripada Badan Perwakilan Pelatih dan kerjasama daripada pelatih GiatMara Ipoh Barat sendiri. Tahniah semua.






No comments:

Post a Comment