Tuesday, 17 May 2016

CARA PERMOHONAN KE GIATMARA

Anda seorang pelajar yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Borang Permohonan Latihan GIATMARA boleh didapati dari pelbagai kaedah. Permohonan adalah dipelawa untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program latihan sepenuh masa dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA  Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2016.

Penubuhan  GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan dia dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 (online)

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)
  • Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh dibuat secara online di Borang Online GIATMARA.
2. Program Separuh Masa (Secara Manual)
  • Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi Borang Manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
3. Senarai Kursus GIATMARA
  • Senarai Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti yang dapat dilihat di web GIATMARA. 
4. Senarai Lokasi di GIATMARA
  • dapat dilihat di Lokasi GIATMARA.

Jika terdapat sebarang masalah , sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m.



Borang Permohonan GIATMARA 

No comments:

Post a Comment