Tarikh 26/5/2016 bersamaan pada Hari Jumaat, kami pelatih GIATMARA Ipoh Barat telah mengikuti satu aktiviti kemasyarakatan anjuran program IM4U... Kami telah berkerjasama dengan mahasisiwa dan mahasiswi yang didatangkan khas dari UUM Sintok... Jauh tuuuu maii ... Terima Kasihhh u alls..
Kehadiran kami adalah seramai 35 orang pelatih dan 4 orang tenaga pengajar sebagai guru pengiring kami...
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hakim, Cikgu Azman, Cikgu Faiezwan dan Cikgu Ilyia.. kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai program sebigini...
Pagi itu kami bertolak dari GIATMARA pukul 8 pagi menaiki 4 buah van ke tempat destinasi program iaitu HOSPITAL BAHAGIA, TANJUNG RAMBUTAN.
Kedatangan kami disambut dengan baik oleh Pihak Hospital dan Jabatan Kebajikan Malaysia... Setibanya kami di tempat program... Kami disediakan makanan pagi dan sedikit taklimat daripada pihak pengurusan...
Selepas taklimat kami dikehendaki untuk membuat aktiviti ICE BREAKING yang dikendalikan oleh ABANG SADO... lupa namaa diaaa... heee... Aktiviti ini kami dapat belajar untuk berkerjasama dengan orang baru... dan dapat menyesuaikan diri dengan orang sekeliling...Selain itu, kami dapat melatih diri kami untuk lebih berkeyakinan berhadapan dengan khalayak ramai...
Selepas tamat sesi ICE BREAKING... kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan akan diberikan tugasan... setiap tugasan objektifnya adalah sama iaitu memberi kebajikan kepada yang memerlukan dari segi membantu membersihkan kawasan rumah di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Malaysia...
Dan saya dapat kumpulan pertama... ahli kumpulan kami terdiri daripada 11 dari pelatih GIATMARA dan 8 orang dari mahasiswa UUM... nama pun kumpulan pertama... tugasan dia haruslahhh yang paling hebat sekali... kami diberikan tugasan untuk membersihkan sebuah rumah yang didiami warga OKU di Kampung Che Zainal... kat area Chemor sana... Tak jauh pun dari HOSPITAL BAHAGIA tuu... dalam 20 minit....
Pengalaman yang paling berharga pernah kami dapat sepanjang kami berada di GIATMARA... tak payah cerita lah kot ape yang kami bersihkannn... hahaha... Keputusan diaa, kami semua telah berjaya MEMBERSIHKAN rumah Mak Cik tuuu dengan jayanya dan lancar... kadang kadang terharu tengok keadaaan orang yang kurang dari kita... Mungkin ada hikmah disebalik semua ini...
Hari kejadian tu, baru lah saya sedar dan nampak ada lagi orang yang lebih susah dari kitaaa. Hanya perkataan SYUKUR je yang saya dapat ungkapkan... TERIMA KASIH ALLAH...
Sesungguhnya kehidupan kita ade senang ada susah.. ikut rezeki masing masing.. harapnya MAK CIK sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNYA..
Harap program ini dapat dijadikan ikhtibar kepada semua Peserta yang terlibat... Ucapan Terima Kasih diucapkan kepada yang terlibat secara lansung dan tidak lansung..
![]() |
Bergambar dengan salah seorang anak tuan rumah |
No comments:
Post a Comment